oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin
| kerataan akhbar berita harian | bayi terbuang |
| KES | SINARIO |
| Kes A | Gadis A, berumur 16 tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya, A cuba mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama keluarga angkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan kandungannya ini. |
| Kes B | Gadis B, berumur 18 tahun adalah seorang pelajar kolej swasta yang sangat aktif. Akibat ketelanjuran bersama teman lelakinya, B disyaki mengandung. Ujian kencing yang dibuat di sebuah klinik swasta mengesahkan bahawa B telahpun hamil dan kandungan janin kembar telahpun disahkan melalui ujian ultra sound. B cuba untuk menyembunyikan kandungannya sehingga terpaksa ponteng kuliah. Rahsianya terbungkar apabila B melahirkan kandungan kembarnya yang pramatang di dalam tandas asrama kolej tersebut. |
| Kes C | Gadis C, berumur 15 tahun adalah seorang pelajar sekolah menengah. Beliau ditahan oleh pasukan polis kerana disyaki membuang bayinya apabila mayat seorang bayi yang baru sahaja meninggal dunia ditemui kira-kira 100 meter daripada rumahnya. Walaupun C menafikan dakwaan tersebut, pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan bahawa beliau mempunyai banyak tanda-tanda bahawa gadis C baru sahaja melahirkan kandungannya. |
PENDAHULUAN
Begitulah sebahagian daripada ratusan kes senario yang pernah saya depani berlaku akibat salah laku seksual remaja. Berita seumpama ini semakin kerap dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Orang ramai pula semakin risau dan mula bersuara walaupun majoritinya masih buat tidak kisah terhadap gejala sosial yang semakin merebak ini. Baca baki entri ini »
