oleh Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman, (blog: http://truecaliph.wordpress.com/)
Hospital Besar Melaka
Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.
Iftar i-MEDIK ISMA September 2009
Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya? Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.