i-Medik

Tubuh badan sihat amal lebih mantap

Arkib bagi Kategori ‘Aktiviti’

Karnival Khidmat Masyarakat ‘Bersama Prihatin Masyarakat Felda’

Posted by i-Medik di 8 Ogos 2010

Peserta Lelaki bersama ajk

Program sulung biro i-Medik, ISMA bersama masyarakat felda yang dinamakan ‘Karnival Khidmat Masyarakat’ dengan tema: ‘bersama prihatin masyarakat felda’ telah diadakan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai lebih dari 160 orang peserta dan tetamu yang datang daripada universiti-universiti dalam dan luar negara telah terlibat dan majoriti adalah pelajar perubatan. Royal Perak Medical College dari Ipoh, Perak telah menghantar kumpulan pelajar teramai iaitu seramai 54 peserta termasuk 2 pelajar berbangsa Cina. Ini diikuti dengan pelajar-pelajar dari Universit Islam Antarabangsa, Mesir, Jordan, Korea, Eropah dan lain-lain negara.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aktiviti, Uncategorized | Leave a Comment »

Bakal doktor perlu tingkatkan komitmen dalam kerjaya

Posted by zafry di 29 November 2009


Bangalore, 7 November – Suasana pengamal-pengamal perubatan masakini di tanahair cukup merisaukan. Ini dilihat dari kualti kerja yang makin menurun  di kalangan pengamal-pengamal perubatan terutamanya yang baru tamat pengajian. Senario ini mungkin berlaku disebabkan pengamal-pengamal perubatan masakini lebih mementingkan gaji dari kerjaya dalam perubatan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin, Timb Pengerusi Sekretariat Luar Negara ISMA menyeru pelajar perubatan di sini untuk lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati hakikat bahawa tugas seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya. Beliau menjelaskan bahawa nisbah jumlah doktor dengan pesakit di tanahair adalah tidak setanding, maka seandainya seorang doktor hanya bekerja 8 jam sahaja, sudah semestinya masa yang diluangkan bersama pesakit akan dikurangkan, walhal pesakit memerlukan doktor untuk mendapatkan dorongan dan semangat untuk mengharungi penyakit yang dihidapi.

Beliau berkata demikian di hadapan sekitar 100 pelajar perubatan dari International Medical College, Management Science University di sini.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aktiviti, O&G | Leave a Comment »

Iftar i-Medik : program pertama

Posted by i-Medik di 28 September 2009

i-Medik  telah mengadakan program iftar  di Bangi pada 11 September yang lepas. Ini merupakan program yang pertama sayap perubatan ISMA yang baru ditubuhkan.  Seramai 150 orang peserta yang terdiri dari  pengamal perubatan dan juga pelajar-pelajar perubatan dari Jordan, Mesir, India, Australia, UKM, UM, UIAM dan lain-lain. Majlis yang diadakan semasa bulan Ramadhan yang lalu, dimulakan dengan iftar bersama, solat terawih, dan diikuti sesi perkongsian pengalaman oleh panelis-panelis dari kalangan Pakar Perunding Perubatan dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dan ahli jawatankuasa pusat ISMA yahg lain juga turut serta.  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melihat bahawa kerjaya dalam bidang perubatan menawarkan ruang yang banyak untuk melaksanakan amal-amal islami. Oleh itu, ISMA memutuskan untuk menubuhkan i-Medik, yang akan bertindak sebagai pemangkin dalam memastikan para pengamal perubatan untuk turut sama bergiat aktif sebagai penggerak dakwah di tanahair. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aktiviti | Di tag: , , , | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.