i-Medik

Tubuh badan sihat amal lebih mantap

Arkib bagi Kategori ‘Ortopedik’

OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA

Posted by i-Medik di 6 Mac 2010

oleh Dr Mohd Nasiruddin Johari

PENDAHULUAN

clip_image001 Kesan osteoporosis pada wanita menyebabkan tulang belakang menjadi bongkok ketika usia semangkin lanjut

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ortopedik | 4 Komen »

Senaman elak osteoartritis

Posted by adiwana di 23 September 2009

30 peratus penghidap osteoarthritis (OA) adalah golongan berusia 65 tahun ke atas. Sendi lutut adalah yang paling kerap dihidapi OSTEOARTRITIS (OA) ialah artritis yang paling biasa terjadi di dunia.

OA boleh berlaku pada mana-mana sendi terutama sekali pada tangan, lutut, pinggang dan tulang belakang. Ia juga adalah salah satu daripada penyebab kesakitan sendi yang berkekalan. Di Amerika Syarikat, dianggarkan lebih daripada satu bilion dolar Amerika dibelanjakan setahun untuk pembedahan sendi, kebanyakannya akibat OA. Di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa 30 peratus daripada mereka yang berumur melebihi 65 tahun menghidap OA dan lazimnya berlaku pada lutut.

Sehingga kini penyembuh untuk OA tidak diketahui dengan jelas, tetapi diagnosis awal amat penting untuk mengelakkan kemerosotan. Ini merangkumi, cara untuk menguruskan kesakitan dan memperbaiki fungsi sendi. Antara kaedah terbaik ialah melakukan senaman yang memberi banyak kebaikan dan membuatkan pengidap OA lebih positif dalam kehidupan. Senaman turut membantu membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fleksibiliti di samping, memperbaiki jantung dan peredaran darah. Secara umum, pergerakan fizikal dapat membantu mengekalkan berat badan dan menggalakkan kecergasan fizikal. Paling penting, melakukan senaman tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan kurang kesan sampingan negatif jika dilakukan dengan betul. Justeru, penghidap OA boleh bersenam untuk menjadikan tubuh kuat dan meningkatkan jarak pergerakan serta menurunkan berat badan, khususnya yang mempunyai berat badan berlebihan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ortopedik | 1 Komen »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.