i-Medik

Tubuh badan sihat amal lebih mantap

laman baru I-Medik www.imedik.org

Posted by Dr Mat Salleh Sarif di 21 Oktober 2010

Assalamualaikuim.

Laman rasmi I-Medik telah dibina dan alamatnya adalah www.imedik.org.  Semua kandungan blog ini telah dipindahkan ke laman ini.

 

setiausaha I-Medik

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sebelum Dan Selepas Ramadhan Tetap Sama?

Posted by Dr Mat Salleh Sarif di 5 September 2010

Oleh Dr Yusof Abbas, Biro Latihan dan Penulisan

Ucapan dan doa yang biasa kita dengar iaitu ucapan kesyukuran kerana diizin oleh Allah SWT berada di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini, dan berharap akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang. Tetapi apakah rasa syukur ini di iringi dengan perbuatan atau sekadar keindahan kata-kata sahaja?

Sepatutnya di antara bukti kesyukuran ialah semakin ditingkatkan amalan pada sepuluh hari terakhir. Namun di Malaysia, beriktikaf di dalam masjid dan membaca Al Quran tidak menjadi budaya setiap kali datangnya Ramadhan.

Kisah beberapa keluarga orang Arab yang berkerja di Malaysia, di mana setiap kali datangnya bulan Ramadhan mereka akan mengambil cuti panjang untuk menyambut Ramadhan di Negara masing-masing. Alasan mereka ialah  bulan Ramadhan di Negara mereka adalah bulan pesta rohani atau pesta beribadah, sebaliknya di Malaysia suasana itu tidak wujud.

Di kebanyakan Negara Arab setiap kali menjelang berbuka puasa, bukan sahaja di sekitar masjid tetapi di tepi jalan raya didirikan khemah-khemah untuk mengagihkan secara percuma makanan berbuka. Sebaliknya di negara kita tidak terkira banyaknya khemah di bazaar Ramadhan dan pesta makanan ini sudah lama menjadi  pemandangan biasa . Orang Arab ini mengeluarkan wang untuk mencari pahala, tetapi orang kita mengumpul wang lebih untuk beraya!

Semua orang maklum, pada sepuluh malam terakhir, masjid/surau di negara kita semakin lenggang, sebaliknya di Negara Arab masjid semakin penuh. Rumah mereka di terangi lampu sejak malam pertama Ramadhan, manakala orang kita rumahnya malap sepanjang Ramadhan, tetapi bergermalapan pada malam raya. Ucapan ‘ Ramadhan karem’ merupakan ucapan yang sering diucapkan oleh orang Arab, dan banyak terdapat kumpulan tadarus, sebaliknya di  negara kita pula, hanya AJK dan orang ‘kaki masjid’ sahaja yang bertadarus!

Media elektronik dan cetak di negara kita TIDAK MESRA RAMADHAN, di mana bahan hiburan masih seperti biasa dan rancangan agama sekadar tempelan sahaja. Orang kita masih lagi setia di hadapan televisyen, membaca bacaan ‘rojak’ dan telinga masih suka mendengar lagu-lagu yang melalai, malah lagu-lagu raya yang bertalu-talu didendangkan sehingga membuatkan emosi semakin teruja menyambut adil fitri. Sekiranya radio ini memperbanyakan bacaan Al Qur’an, akan ada pertanyaan, “ Ada ke  orang besar yang mati pada hari ini?”.

Ceramah, tazkirah dan khutbah Jumaat tentang lalilatu qadar sentiasa disebut dan diperdengarkan, tetapi masih banyak masjid yang berkunci dan terus sepi.

Ini adalah TREND lama apabila Melayu  layu pada bulan Ramadhan, setelah anak-anak mereka layu dengan dadah, anak luar nikah, corot dalam banyak hal dan pelbagai gejala negatif yang lain. Sekiranya kita mengakui  dengan ‘merangkul dan mengekalkan kejuaraan’ dalam  budaya buruk di kalangan bangsa kita ini  adalah musibah dan bala dari Allah SWT, maka kita juga patut mengakui bahawa ianya juga satu musibah apabila orang kita tidak cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jika pada bulan Ramadhan amalan mereka lesu, apalagi pada bulan-bulan lain. Dan musibah ini akan terus melanda apabila semakin banyak peringatan yang dibuat, mereka TETAP TIDAK BERUBAH. Yakinlah, jika kita kekal dengan gaya beribadah sebegini, maka bala terhadap bangsa kita akan terus kekal. Juga kerana kita bukan bangsa yang secara kolektifnya bersungguh dekat dengan Allah, malah longgar ikatan ukhwahnya.

Kita juga sudah biasa diperingatkan tentang kembali fitrah sebaik tamat ramadhan, tetapi slogan dan ungkapan ini sekadar pemujuk minda dan berlalu begitu sahaja. Jika amalan pada bulan mulia ini sekadar sambil lewa dan tidak berubah dari tahun-tahun sebelumnya, maka sukar mencapai darjah ketaqwaan hakiki.

Pada bulan-bulan lain, pada setiap minggu pada hari Jumaat para khatib menyeru agar kita meningkatkan keimanan dan beramal dengan Islam, tetapi sejauh mana seruan itu benar-benar berkesan dalam jiwa. HIDAYAH ITU UNTUK MEREKA YANG BERUSAHA DAN IKHLAS MEMBUKA JIWA UNTUK MENERIMA HIDAYAH.

Tujuan UTAMA tulisan ini ialah mengajak untuk MEMIKIRKAN DIRI SENDIRI dan MENILAI DIRI serta tidak memberi alasan  orang Melayu juga seperti anda!

Begitu juga kita sudah biasa di peringatkan tentang apakah perubahan yang sepatutnya kita lakukan selepas keluar dari ‘sekolah Ramadhan’ ini!

Beberapa perkara yang sepatutnya kita ubah selepas ramadhan ini ialah:-

  1. Kerap berjemaah di kariah terutama waktu maghrib dan Isyak
  2. Setelah mampu berjemaah maghrib dan isyak, berusaha ISTIQAMAH subuh berjemaah
  3. Menimba ilmu pada kuliah magrib/subuh setelah ikhlas mendengar tazkirah ramadhan.
  4. Membaca Al Qur’an pada setiap hari, dan merancang untuk khatam pada bulan lain
  5. Mengurangkan mendengar radio atau menonton rancangan TV yang tidak berfaedah
  6. Setelah mampu 12 jam tidak merokok, maka mengapa terus ketagih pada bulan lain? Rancang untuk terus berhenti merokok yang sudah diharamkan oleh jumhur ulamak Malaysia sejak 1994 dan ulamak Al Azahar pada 1982 lagi. Iman yang rendah akan berpegang kepada hukum makruh, padahal mengakui bahawa para ulamak adalah penyambung tugas Nabi.
  7. Silaturahim ditingkatkan setelah berbual mesra ketika tarawih dan moreh.
  8. Kepada yang cinta kepada makanan dan berbadan besar, berubahlah kepada berpada pada makan-minum dan berusaha menjadi muslim yang ‘smart’ bentuk tubuh badan dan kecergasannya.

Semoga falsafah Ramadhan tidak d idalam minda atau sebagai teori semata-mata.  Juga semoga kita tidak tergolong dalam maksud hadis Nabi SAW, berpuasa tetapi sekadar lapar dan letih. Jika amalan ibadah dan amal kehidupan sebelum dan selepas Ramadhan TETAP SAMA, maka kita bimbang amalan puasa pada tahun ini tidak bermutu dan rendah nilai pahalanya. Setelah TAHU, maka BERUBAHLAH…..

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Karnival Khidmat Masyarakat ‘Bersama Prihatin Masyarakat Felda’

Posted by i-Medik di 8 Ogos 2010

Peserta Lelaki bersama ajk

Program sulung biro i-Medik, ISMA bersama masyarakat felda yang dinamakan ‘Karnival Khidmat Masyarakat’ dengan tema: ‘bersama prihatin masyarakat felda’ telah diadakan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai lebih dari 160 orang peserta dan tetamu yang datang daripada universiti-universiti dalam dan luar negara telah terlibat dan majoriti adalah pelajar perubatan. Royal Perak Medical College dari Ipoh, Perak telah menghantar kumpulan pelajar teramai iaitu seramai 54 peserta termasuk 2 pelajar berbangsa Cina. Ini diikuti dengan pelajar-pelajar dari Universit Islam Antarabangsa, Mesir, Jordan, Korea, Eropah dan lain-lain negara.

Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti, Uncategorized | Leave a Comment »

Karnival Khidmat Masyarakat 2010 Felda Bukit Kuantan, Pahang

Posted by Dr Mat Salleh Sarif di 4 Julai 2010

Tentative program adalah seperti berikut:-

Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

SALAH LAKU SEKSUAL REMAJA MELAYU – DI MANAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?

Posted by i-Medik di 26 Mei 2010

oleh  Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin

anak luar nikah baby terbiar
kerataan akhbar berita harian bayi terbuang
KES SINARIO
Kes A Gadis A, berumur 16 tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya, A cuba mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama keluarga angkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan kandungannya ini.
Kes B Gadis B, berumur 18 tahun adalah seorang pelajar kolej swasta yang sangat aktif. Akibat ketelanjuran bersama teman lelakinya, B disyaki mengandung. Ujian kencing yang dibuat di sebuah klinik swasta mengesahkan bahawa B telahpun hamil dan kandungan janin kembar telahpun disahkan melalui ujian ultra sound. B cuba untuk menyembunyikan kandungannya sehingga terpaksa ponteng kuliah. Rahsianya terbungkar apabila B melahirkan kandungan kembarnya yang pramatang di dalam tandas asrama kolej tersebut.
Kes C Gadis C, berumur 15 tahun adalah seorang pelajar sekolah menengah. Beliau ditahan oleh pasukan polis kerana disyaki membuang bayinya apabila mayat seorang bayi yang baru sahaja meninggal dunia ditemui kira-kira 100 meter daripada rumahnya. Walaupun C menafikan dakwaan tersebut, pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan bahawa beliau mempunyai banyak tanda-tanda bahawa gadis C baru sahaja melahirkan kandungannya.

PENDAHULUAN

Begitulah sebahagian daripada ratusan kes senario yang pernah saya depani berlaku akibat salah laku seksual remaja. Berita seumpama ini semakin kerap dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Orang ramai pula semakin risau dan mula bersuara walaupun majoritinya masih buat tidak kisah terhadap gejala sosial yang semakin merebak ini. Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Senyumlah dan bersyukurlah anda dipilih menjadi seorang doktor

Posted by Dr Mat Salleh Sarif di 8 Mei 2010

oleh Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman, (blog: http://truecaliph.wordpress.com/)

Hospital Besar Melaka

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.

Iftar i-MEDIK ISMA September 2009

Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya?  Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA

Posted by i-Medik di 6 Mac 2010

oleh Dr Mohd Nasiruddin Johari

PENDAHULUAN

clip_image001 Kesan osteoporosis pada wanita menyebabkan tulang belakang menjadi bongkok ketika usia semangkin lanjut

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

Baca baki entri ini »

Posted in Ortopedik | 4 Comments »

Kenapa Dibiarkan Merokok?

Posted by zafry di 2 Disember 2009

        

Oleh: Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin

  • Berapa billion USD dibelanjakan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk rokok?
  • Berapa juta umat Islam yang mati tiba-tiba di serang penyakit jantung akibat rokok?
  • Berapa juta umat Islam yang mati tersiksa dari kanser yang berpunca dari rokok?
  • Berapa ramai di kalangan remaja dan pemuda Melayu Islam yang ketagihan dadah yang bermula dari rokok?
  • Berapa ramai remaja yang digantung persekolahan disebabkan rokok?
  • Berapa ramai imam-imam dan bilal yang nafasnya berbau disebabkan amalan merokok?
  • Berapa juta di kalangan umat Islam yang gagal menunaikan fardhu haji kerana pendapatan hariannya kering dek ketagihan rokok?
  • Berapa dan kenapa?

  Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Bakal doktor perlu tingkatkan komitmen dalam kerjaya

Posted by zafry di 29 November 2009


Bangalore, 7 November – Suasana pengamal-pengamal perubatan masakini di tanahair cukup merisaukan. Ini dilihat dari kualti kerja yang makin menurun  di kalangan pengamal-pengamal perubatan terutamanya yang baru tamat pengajian. Senario ini mungkin berlaku disebabkan pengamal-pengamal perubatan masakini lebih mementingkan gaji dari kerjaya dalam perubatan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin, Timb Pengerusi Sekretariat Luar Negara ISMA menyeru pelajar perubatan di sini untuk lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati hakikat bahawa tugas seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya. Beliau menjelaskan bahawa nisbah jumlah doktor dengan pesakit di tanahair adalah tidak setanding, maka seandainya seorang doktor hanya bekerja 8 jam sahaja, sudah semestinya masa yang diluangkan bersama pesakit akan dikurangkan, walhal pesakit memerlukan doktor untuk mendapatkan dorongan dan semangat untuk mengharungi penyakit yang dihidapi.

Beliau berkata demikian di hadapan sekitar 100 pelajar perubatan dari International Medical College, Management Science University di sini.

Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti, O&G | Leave a Comment »

KANSER PANGKAL RAHIM DAN VAKSIN HPV

Posted by zafry di 29 November 2009

oleh: Dr Murizah Mohd Zain

Baru-baru ini kabinet telah meluluskan satu peruntukan yang besar melibatkan RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuaan  pada setiap tahun, bagi pembelian vaksin Human Papilloma Virus ( HPV ). Penggunaan vaksin ini diharapkan dapat mencegah berlakunya  kanser pangkal rahim ( servik ). Pelbagai pihak menyambut baik langkah yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pembaca sekelian menambahkan sedikit ilmu kita dalam bidang perubatan dan seterusnya menilai langkah yang telah diumumkan oleh kerajaan itu.
Kanser servik ataupun kanser pangkal rahim merupakan kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita yang kedua paling kerap berlaku selepas kanser payudara. Kanser servik merupakan kanser yang boleh dicegah dan kunci kepada pencegahannya adalah melalui ujian saringan pap smear. Di negara-negara maju, kanser ini sangat jarang berlaku disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan tetapi di negara kita kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser ini adalah masih tinggi.
Baca baki entri ini »

Posted in O&G | 11 Comments »

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.